Program Solar ATAP Malaysia
Solar Accelerated Transition Action Programme — gantikan NEM, bagi anda guna elektrik solar sendiri dulu, lebihan dikreditkan. Arus EnerG uruskan permohonan end-to-end sebagai RPVSP berdaftar SEDA.
Apa Itu Solar ATAP?
Skim rasmi kerajaan Malaysia untuk pasang solar panel bumbung, menggantikan Net Energy Metering (NEM) yang tamat 30 Jun 2025. Solar ATAP mula berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Solar ATAP vs NEM — Apa Beza?
| NEM (tamat 30/6/2025) | Solar ATAP (mula 1/1/2026) | |
|---|---|---|
| Status | Dah tutup, tidak boleh daftar baharu | Aktif, boleh mohon sekarang |
| Mekanisme | Net metering, offset unit-untuk-unit | Guna sendiri dulu + credit lebihan eksport |
| Insentif tambahan | Tiada rebat tunai khusus | Rebat SuRIA Home sehingga RM3,000 |
| Had kapasiti domestik | Berbeza ikut fasa program | 5kW (1-fasa) / 15kW (3-fasa) |
| Baki kredit eksport | Boleh bawa ke bulan depan | Hangus setiap bulan — saiz sistem penting |
Layak Ke Anda?
Anda perlu penuhi semua syarat berikut untuk layak Solar ATAP:
- Pengguna TNB berdaftar di Semenanjung Malaysia
- Belum berdaftar dalam skim Self-Consumption atau NEM
- Bukan co-generator, back-feeder, atau pemegang akaun sub-meter multi-tenant
| Jenis Pengguna | Had Kapasiti Maksimum |
|---|---|
| Domestik (fasa tunggal) | 5 kW |
| Domestik (tiga fasa) | 15 kW |
| Bukan-domestik | 100% Maximum Demand, plafon 1,000 kW |
Rebat SuRIA Home — Sehingga RM3,000
Untuk pengguna domestik yang pasang solar rooftop melalui Solar ATAP.
- RM600 setiap 1 kWac, sehingga maksimum RM3,000
- Rollout berfasa dari 1 Jun hingga 31 Disember 2026, first-come-first-served
- Sistem kena commissioned sebelum 31 Disember 2026, atau sehingga kuota habis — ikut mana dulu
- Pengguna layak akan dihubungi melalui email berdaftar TNB untuk berikan maklumat akaun bank
Untuk Syarikat & Perniagaan: GITA & GITE
Insentif cukai melalui Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan Malaysian Investment Development Authority (MIDA).
| Insentif | Kadar | Tempoh / Syarat |
|---|---|---|
| GITA Asset (guna sendiri) | 60% Investment Tax Allowance, tolak sehingga 70% pendapatan berkanun setahun | Permohonan melalui MGTC dalam 24 bulan dari tarikh perbelanjaan modal |
| GITA Projek (perniagaan teras RE) | 100% Investment Tax Allowance, tolak sehingga 70% pendapatan berkanun setahun | 5 tahun. Permohonan sebelum perbelanjaan modal pertama |
| GITE Solar Leasing | Pengecualian cukai sehingga 70% pendapatan berkanun | 5 tahun (3–10MW) / 10 tahun (10–30MW) |
Syarikat dengan permintaan 1MW+ dan sasaran RE100/ESG patut juga semak CRESS (beli elektrik solar terus tanpa pasang panel sendiri) dan GTFS 5.0 (jaminan kerajaan 60-80% untuk pinjaman bank solar komersial).

Kira Anggaran Penjimatan Anda
Masukkan bil TNB bulanan anda untuk dapat anggaran saiz sistem dan penjimatan — dalam beberapa saat.
Kalkulator Penjimatan Solar ATAP
Kira anggaran penjanaan solar, penggunaan terus, eksport ATAP, Caj Pelarasan Insentif Cekap Tenaga dan nett bil selepas solar.
Maklumat Penggunaan Elektrik
Maklumat Sistem Solar
Jika baki import selepas solar melebihi 1,500 kWh, kadar eksport ialah RM0.37/kWh.
Jika baki import selepas solar ialah 1,500 kWh atau kurang, kadar eksport ialah RM0.27/kWh.
Kadar ditentukan berdasarkan baki import TNB selepas penggunaan solar secara terus.
Pecahan Pengiraan Bulanan
Perbandingan Bil
Lihat Jadual Caj Pelarasan Insentif Cekap Tenaga
| Jumlah Eksport Bulanan | Kadar |
|---|---|
| 1–200 kWh | 25.00 sen/kWh |
| 201–250 kWh | 24.50 sen/kWh |
| 251–300 kWh | 22.50 sen/kWh |
| 301–350 kWh | 21.00 sen/kWh |
| 351–400 kWh | 17.00 sen/kWh |
| 401–450 kWh | 14.50 sen/kWh |
| 451–500 kWh | 12.00 sen/kWh |
| 501–550 kWh | 10.50 sen/kWh |
| 551–600 kWh | 9.00 sen/kWh |
| 601–650 kWh | 7.50 sen/kWh |
| 651–700 kWh | 5.50 sen/kWh |
| 701–750 kWh | 4.50 sen/kWh |
| 751–800 kWh | 4.00 sen/kWh |
| 801–850 kWh | 2.50 sen/kWh |
| 851–900 kWh | 1.00 sen/kWh |
| 901–1,000 kWh | 0.50 sen/kWh |
| Lebih 1,000 kWh | 0.50 sen/kWh |
Kadar pelarasan digunakan sebagai kadar rata berdasarkan jumlah keseluruhan eksport bulanan.
Cara Memohon Solar ATAP
Lantik RPVSPSyarikat solar berdaftar rasmi dengan SEDA — Arus EnerG salah satu daripadanya.
Permohonan eATAPRPVSP uruskan end-to-end melalui portal eATAP (atap.seda.gov.my).
Technical AssessmentDijalankan jika perlu, ikut voltan/kapasiti sistem anda.
Kontrak 10 TahunKontrak Solar ATAP berkuat kuasa sebaik sahaja diluluskan.
Soalan Lazim
Saya dah daftar NEM dulu — automatik masuk Solar ATAP ke?
Tidak automatik. NEM dah tamat, dan syarat Solar ATAP kdata pemohon tidak boleh sedang berdaftar NEM/Self-Consumption — kena semak status akaun dengan TNB/RPVSP dulu.
Berapa lama proses kelulusan Solar ATAP?
Bergantung kapasiti dan voltan sistem — domestik kecil (5kW single-phase) biasanya lebih pantas sebab tak perlu Power System Study penuh.
RPVSP tu apa, dan kenapa wajib?
Registered PV Service Provider — syarikat solar yang disahkan SEDA untuk uruskan permohonan Solar ATAP secara sah. Anda tak boleh apply sendiri tanpa RPVSP.
Rebat RM3,000 tu automatik ke kena mohon?
Ikut pengumuman rasmi, pengguna layak akan dihubungi oleh TNB melalui email berdaftar — bukan self-apply, tapi pastikan email TNB anda updated.
Kenapa kredit eksport hangus setiap bulan?
Beza utama dari NEM — Solar ATAP tak bawa baki kredit ke bulan depan. Ini sebab saiz sistem yang betul (bukan terlalu besar) penting supaya lebihan eksport tak bazir.
Solar ATAP untuk bisnes/komersial pun ada ke?
Ada — non-domestik layak sehingga 100% Maximum Demand, plafon 1,000kW, tertakluk technical assessment.
Pemasangan Sebenar Arus EnerG
Sebahagian daripada projek Solar ATAP yang kami siapkan untuk pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia.


Sedia Nak Mula?
Free site assessment, tiada obligasi. Tim kami bantu semak kelayakan dan uruskan permohonan eATAP anda.