Ada Soalan Tentang Solar untuk Anda?
Berbincang dengan pakar kami untuk dapatkan cadangan sistem solar yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.
Introduction
Solar Accelerated Transition Action Programme (Solar ATAP) ialah skim rasmi kerajaan Malaysia untuk pasang solar panel bumbung, menggantikan Net Energy Metering (NEM) yang tamat 30 Jun 2025. Solar ATAP mula berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Skim ni bagi pengguna guna elektrik solar sendiri dulu, lebihan dieksport ke grid TNB untuk "ATAP credit" yang boleh kurangkan bil elektrik selanjutnya. Untuk pengguna domestik yang layak, ada rebat tunai sehingga RM3,000 melalui program SuRIA Home.
Apa Itu Solar ATAP Malaysia? Panduan Lengkap 2026
Kenapa NEM Tamat, Solar ATAP Gantikan?
NEM (Net Energy Metering) rasmi tamat 30 Jun 2025. Solar ATAP diperkenalkan mulai 1 Januari 2026 sebagai penggantinya — bukan sekadar rebrand, tapi mekanisme yang berbeza dari segi struktur credit dan proses permohonan.
Kalau kau ada pelanggan yang masih tanya pasal "NEM 3.0", penting untuk jelaskan skim tu dah tak boleh didaftar baru — Solar ATAP yang aktif sekarang.
Macam Mana Solar ATAP Berfungsi
Tiga peringkat mekanisme Solar ATAP:
1. Guna sendiri dulu — elektrik yang dihasilkan panel solar digunakan terus untuk keperluan rumah/bisnes.
2. Lebihan dieksport ke grid TNB — bila pengeluaran solar lebih dari penggunaan semasa.
3. TNB bekalkan balik — bila solar tak cukup (waktu malam/mendung).
Kau dapat dua faedah: bil elektrik terus berkurang sebab kurang beli dari grid, plus "ATAP credit" dari tenaga lebihan yang dieksport.
Layak Ke Kau?
Kena penuhi semua syarat ni untuk layak Solar ATAP Malaysia:
- Pengguna TNB berdaftar di Semenanjung Malaysia
- Belum berdaftar dalam skim Self-Consumption atau NEM
- Bukan co-generator, back-feeder, atau pemegang akaun sub-meter multi-tenant
Had Kapasiti Sistem
Had kapasiti sistem solar mengikut jenis pengguna:
| Jenis Pengguna | Had Maksimum |
|---|---|
| Domestik (fasa tunggal) | 5 kW |
| Domestik (tiga fasa) | 15 kW |
| Bukan-domestik | 100% Maximum Demand, plafon 1,000 kW |
Cara Nak Mohon Solar ATAP Malaysia
1. Lantik Registered PV Service Provider (RPVSP) — syarikat solar yang berdaftar rasmi dengan SEDA (Arus EnerG salah satu daripadanya).
2. RPVSP uruskan permohonan end-to-end melalui portal eATAP (atap.seda.gov.my).
3. Technical assessment dijalankan kalau perlu, ikut voltan/kapasiti sistem.
4. Kontrak Solar ATAP berkuat kuasa 10 tahun sekali diluluskan.
Rebat SuRIA Home — Sehingga RM3,000
Untuk pengguna domestik yang pasang solar rooftop melalui skim Solar ATAP:
- RM600 setiap 1 kWac, sehingga maksimum RM3,000
- Rollout secara berfasa mulai 1 Jun 2026
- Pengguna layak akan dihubungi melalui email berdaftar TNB, perlu bagi maklumat akaun bank untuk terima rebat
Terma & syarat berkuat kuasa — confirm details terkini dengan TNB/SEDA masa apply.
Solar ATAP vs NEM — Apa Beza?
| NEM (tamat 30/6/2025) | Solar ATAP (mula 1/1/2026) | |
|---|---|---|
| Status | Dah tutup | Aktif, boleh mohon sekarang |
| Mekanisme | Net metering offset unit-untuk-unit | Guna sendiri dulu + credit lebihan eksport |
| Insentif tambahan | Tiada rebat tunai khusus | Rebat SuRIA Home sehingga RM3,000 |
| Had kapasiti domestik | Berbeza ikut fasa program | 5kW (1-fasa) / 15kW (3-fasa) |
Soalan Lazim (FAQ)
Q: Saya dah daftar NEM dulu — automatik masuk Solar ATAP Malaysia ke?
A: Tidak automatik. NEM dah tamat, dan syarat Solar ATAP kata pemohon tidak boleh sedang berdaftar NEM/Self-Consumption — kena semak status akaun dengan TNB/RPVSP dulu.
Q: Berapa lama proses kelulusan Solar ATAP?
A: Bergantung kapasiti dan voltan sistem — domestik kecil (5kW single-phase) biasanya lebih pantas sebab tak perlu Power System Study penuh.
Q: RPVSP tu apa, dan kenapa wajib?
A: Registered PV Service Provider — syarikat solar yang disahkan SEDA untuk uruskan permohonan Solar ATAP secara sah. Kau tak boleh apply sendiri tanpa RPVSP.
Q: Rebat RM3,000 tu automatik ke kena mohon?
A: Ikut pengumuman rasmi, pengguna layak akan dihubungi oleh TNB melalui email berdaftar — bukan self-apply, tapi pastikan email TNB kau updated.
Q: Solar ATAP untuk bisnes/komersial pun ada ke?
A: Ada — non-domestik layak sehingga 100% Maximum Demand, plafon 1,000kW, tertakluk technical assessment.
Q: Kontrak 10 tahun tu maksudnya apa?
A: Selepas 10 tahun, peruntukan eksport tenaga lebihan dan offset akan tamat — perlu semak semula terma pembaharuan.
Switch to Solar and Start Saving Today
If you are looking for a smarter way to reduce your electricity bills, solar energy is one of the best long-term investments for your home or business.
With solar installation, you can:
✅ Save on monthly electricity bills
✅ Reduce dependence on rising energy costs
✅ Increase property value
✅ Support clean and renewable energy
Learn more about solar solutions with Arus Energ and start your journey toward energy savings today.




Get a Free Consultation
Our expertise

Instead of paying recurring electricity charges, invest in a system that generates its own power and reduces your long-term household expenses.

Solar panels are built to last. With minimal maintenance and strong performance warranties, continues generating savings year after year.
Any question? We're ready to help!
Related posts
- How To Reduce Electricity Bill Malaysia
Have Questions About Solar for Your Property?Talk to our team to find the right solar solution for your...
- Solar for Hotels Malaysia
Have Questions About Solar for Your Property?Talk to our team to find the right solar solution for your...
- What Happens During Blackout With Solar?
Have Questions About Solar for Your Property?Talk to our team to find the right solar solution for your...




